Tuesday, January 24, 2012

Helmet.. penting ke?

aku mulakan dengan salam..

aku ade cerita pasal aku, alin, basikal letrik dan helmet.

mase tu hari cuti, aku rase cam rajin sgt nk masak. aku pun watla sandwich goreng tepung untuk kwn2 aku yg duk asrama. yelah kn diorg slalu bg aku mkn nasi bile aku singgah bilik diorg (muwn and lyn.. thanks yaar.. huhu) pastu ade sorg kwn baik aku tgal kt asrama (alololo cian kt wira..haaa). aku kn duk umah sewa, jd senangla aku mmbalas budi baik smua kwn2 aku tu...

waktu tu aku siap msk dah petang dlm pukul 6 petang pasal bli brg pun dah lewat. yela jmpe diorg pun bkn boleh kejap takut dah magrib baru nk balik. pastu aku ajak la alin siap2 utk ke U utk hantar makanan tu.. aku naik basikal eletrik je... malas la nk pkai moto atau kete.. leceh rasenye.











k la kn mcm moto.. xde asap.. xpyh pakai minyak, xpayah lesen. jd, tenggiling ni la ku gune wt ulang alik pi U..






bersambung balik pd cerita aku tu td. kami berdua pn gerak ke U, alin ditugaskn utk memegang bekal makann tu sbb xde tmpt nk letak... smpai je kt tmpt parking aku terus je bukak helmet. pastu aku hulur tgn kt alin sbb bia la aku pegangkan bekal mknn tu sementara die bukak helmet. aku memg xpndg dia pun sbb die kn kt blakang susah la nk toleh2. die pn hulur bekal mkn tu. pastu aku bgun terus letak helmet kt seat. aku rase cm ade yg kurang lalu..

"Alin, mana helmet anda?"

sambil meraba-raba kepalanya "eh.. eh? aku xpakai helmet eh??" ditambah dgn muka cuak (freaking out)

"Bia betul? ko betul2 ke main2 ni? nape aku pn x perasan?"

"betul nih... kite xpakai helmet.. huhuhu"

jadi kesimpulannya.. kami berdua pun gelak separuh nyawa smpai senak perut aku.. aku pn pelik cmane boleh smua org xperasan.. pak guard tak tegur pun.. lepas tu muka die risau je sibuk fikir nanti nk balik mcm mana.. takut kene tegur dgn pak guard kn malu nanti.. lgpn dah mcm kt negara indonesia dah pemandu pakai helmet pembonceng xpayah pakai helmet pn xpe. last2 helmet aku pulak die nk rembat... wah.. lg pelik jdnye nanti.. jd aku xkn la nk bg die pakai. sape suro lupe.. haaaa...haha..


tp kn.. kdg2 aku pn lupe pakai helmet. tp sbb alin duk blakang jd die perasan la aku x berhelmet. memg best klau dah trlupa.. berangin je yeop.. lapang tuh..

Sunday, January 22, 2012

suka suki

dah lame aku x usha blog aku ni. pasal aku salah setting template.. habis bertabur aku tgk post dan widget aku... ilang dah mood aku nk ngadap bende alah ni. haha.. lgpun idup ni dah makin tua makin bz. bnyk sgt yg nak di kejar. dpt xdpt bnde yg dikejar tu blakang cite. yg pnting kejar dulu. tp style aku kejar lari2 ank je la. x larat nk kejar style lari pecut 100m...huhu..

lg satu alasan aku ialah... aku terlupa total pasal blog ni. aku lupe aku ade blog. huhuhuhu... tp bile da geram sgt xde tmpt nk luah, bru ingt. biasala manusia... senang lupe.. da susah barula sibuk mencari..

aku lyn facebook baru2 ni.. huuu mcm2 pesen la memg perangai manusia ni kan. padan la dgn nama bende tu sendiri face+book = muka buku. tp kdg2 x pulak melambangkn name bnde tu jugak. kt "mukabuku" tu la diorg wat personaliti diorang yg diorg xdpt nk luah kt dunia sbenar. bahasa lain nye... "bermuka-muka buku" tahap tebal cam kamus dah aku tgk. FINE... xkesahlah. janji mereka2 tu bahagia. cme aku nk luah pendapat aku. dr mende "fb" tu jgkla aku cm x tenang. nk marah, mereka2 xkcau aku... nk dengki, saling x mengenali... last2 aku log out then main game plants vs zombie... hahaha...

aku kembali...~

aku mulakan dengan salam..
duk kampung ni best.. tp satu bnde ni aku x berkenan sungguh.. kalau org2 tua dah xde keje bosan2 jual cerita pasal anak org pdhal ank die dpn mate die.. secara terang-terangan merendek, brdating, menggatal dgn jantan depan org ramai. xpulak die jual cerita pasal anak die. ank die seksi! duk kampung je pun. tau dah bnyak duit.. ptut lg bnyak la kain mak bpk nye boleh belikan. tp nape makin sikit? kalau jenis x kacau org.. pi lantak la.. ni tidak.. lg satu, adela sorg pkcik ni ade pangkat la kt kmpung aku. klau menjeling org tuh.. walaweh mcm ank die tu malaikat xpenah wat salah. pasal merewang pulak... sebok ngate ank org xpandai nk jmpe jiran2 utk rewang pdhal ank die tu lg la x pnah tnjuk muka. jd pekasam kt umah. sedar la sikit... lain org lain masalah die, lain pengalaman idup... xboleh nk disamekan dgn diri masing2...

aku risau la esok aku tua mcm mane la ek (kalau sempat tua la..)... tkut aku jd cmtu.. apasal? sbb aku trfikir aku membesar dlm suasana cmni... dipenuhi dgn hasad dengki, tuduh menuduh, bongkak, sombong.. skrg ni x dela terase sgt kn sbb aku lum keje, lum kawin. lum kenal dunia sgt. ni pun aku dah keluar dr negeri aku barulah aku nmpak dunia luar.. memg dahsyat. tp kite xbolehlah nk jd jahat.. pijak semua org kt keliling sbb nk jd yg UTAMA. tahlah. biala waktu yg menentukan. lpas ape yg aku berjaya luahkan, aku nk doakan yg baik2 jela utk mereka semua... klau x, aku dgn diorang 2 kali 5= 10....

Monday, July 25, 2011

Just nice

wake-up, watch TV, play with my nephews and cat, watch TV, play games, watch movies on laptop etc.. those were just nice until i 've found a job.

i've offered to work as an assistant at a private tuition centre. they willing to pay me a bit higher than the actual salary. but you know what... that job is in the town, i lived in the countryside so i don't know where to live. even, i dont have transport to go to work. it's kinda frustrating. SO MUCH frustrating. i went to the interview and i know the job is easy. Very Much easier than any other job that i know before. i gave up on that on any particular basis. in the simple word... i have my own reasons.

OMG!

i try to find another job. it's nearer, simpler yet easier to get the job. i went on a simple walk in interview and accepted to work for full-time instead of part-time because i'm still a student. my magic is still there. i felt very happy. i worked like the day will end that day. i worked very hard until on some point i want to give up. nope! i won't. but..... in the matter of fact, after two days of working like a pig. i QUIT!

S*A*L*A*M*B*S*A........... (Suffer*A*Lot*As*My*Bones*Scattered*Away.......)

Now i can relax at home doing the things that i've done before. Yet it is boring, but it feels JUST NICE....

HAHAHAHAHAHA!!!! <<<<<<<<<<<<<<<< evil laugh!

Tuesday, July 19, 2011

Pengalaman pertama...

Pada suatu petang yang mendamaikan, Amir dan keluarganya bercadang ingin keluar makan bersama-sama. Amir mempunyai SEORANG isteri dan dua orang anak. Masing-masing baru berumur 9 dan 6 tahun. Mereka sekeluarga tidak pernah sekali pun menjejakkan kaki ke sebuah restoran makanan segera. Lalu mereka bercadang untuk mencuba buat pertama kalinya. Mereka bercadang untuk ke mariberaun berikutan restoran tersebut merupakan yang paling hampir dengan tempat tinggal mereka. Sampai sahaja mereka ke tempat yang dituju, mereka berasa amat 'excited' untuk mencuba sesuatu yang baru. Namun...

"Tempat apa ni Yah...?" Anaknya yang pertama menzahirkan perasaannya yang bercampur-baur (pelik + seronok).
"Ni lah restoran yang kita selalu nampak kat iklan TV tu..." Amir menjawab dengan yakin tetapi pada masa yang sama dia turut terasa kekok dengan suasana di dalam restoran tersebut.

Pada kebiasaannya dia rajin makan di kedai makan melayu yang pada kebiasaannya menawarkan pelbagai masakan tradisional yang lazat. Namun demikian, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang menu yang ditawarkan di restoran makanan segera tersebut. Itupun gara-gara melihat dan membaca iklan-iklan yang disiarkan di TV mahupun surat khabar. Baginya, yang paling utama sekali restoran tersebut tidak menawarkan nasi putih lauk tom yam ataupun gulai tempoyak.

"Ayah, Man dah lapar sangat ni... nak nasik yah.."
"Hari ni kita makanla ayam ke, burger ke, tu ade nasi lemak, mi kari.. Man tak nak ke..?"
"Kenyang ke Yah?"
"Kita cuba je lah dulu"
"Ayah..! Ada buai la dalam restoran" kata anaknya yang kedua, Sue.
"Jomlah kita duduk situ" Ajak Amir.
"Anak-anak ayah nak makan apa..?"
"Beli jelah apa yang awak tau bang. Kalau ditanya pun dia xtau. Saya pun ikut abang jelah" Jawab isterinya bagi pihak anak-anak mereka.

Amir pun pergi memesan makanan di kaunter. Mujur dia tidak menunggu pelayan restoran mengambil pesannya. Dia tahu pun kerana dia melihat keadaan sekeliling. Selesai sahaja mereka makan, Man ingin membasuh tangan. Namun dia tidak tahu di mana. Puas dia mencari sinki namun tidak ditemui olehnya. Tetapi dia ada terpandang sesuatu di sudut restoran itu yang kelihatannya seperti kepala paip. Diputar-putar paip tersebut namun tidak pula terkeluar air. Takut-takut tersalah dia bertanya kepada kakak pelayan yang bekerja disitu. Maklumlah restoran itu terasa seperti restoran mewah baginya.

"Kak, kenape paip ni tak keluar air?" Tanya Man. "Rosak ke?" sambungnya lagi.
"Ape dik? Akak kurang dengar lah"
"Nape paip tu tak keluar air?"
"Ha? Ni bukan paip dik... Ini tempat sos... Adik amik sos kat sini... lagi satu, adik kene tekan bukan pusing dik..."
"Saya nak basuh tangan kak.." Man bertindak bersahaja tidak tahu apa yang diperkatakan oleh pelayan tersebut.
"Yelah2.. basuh tangan kat sini ye dik.." Pelayan tersebut membawa Man ke sinki.




Sekembalinya Man di tempat duduknya, ayahnya Amir bertanya kepada Man kenapa dia mengambil masa yang lama. Man bercerita kepada ayah dan ibunya tentang apa yang telah terjadi. Terbelahak mereka ketawa mendengarkan keletah anak sulung mereka itu. Tidak disangka pula oleh mereka akan anak mereka itu boleh dikatakan terlampau jakun.




"Malunya ayah............" Ujar Amir perlahan.

Saturday, July 16, 2011

kesurupan...! ( maksud -> dirasuk)

Hampir 2 bulan Min berada di rumah.Cuti semeter yang panjang banyak dihabiskan di rumah sahaja. Tambahan pula dia suka memerap di dalam biliknya seorang diri. Banyak aktivitinya dihabiskan dengan membaca komik dan melayari internet. Itupun kalau internet x kene potong(kes lambat bayar)...

Perangainya yang satu ini amat difahami oleh ahli keluarganya dan tiada pun yg kesah. Bagi mereka, itu adalah tabiat semulajadinya, sehinggalah pada suatu hari...

Malam itu adalah khamis malam jumaat.Min terperap di dalam bilik seperti biasa. Ibunya khusyuk menonton TV (Forum Perdana Ehwal Islam)... Kakaknya sibuk mengurus anak-anaknya sebaik sahaja pulang dari kerja. Kebetulan malam itu dia pulang agak lewat. Bilik Min sudah gelap. Jam baru sahaja menunjukkan pukul 10.30 malam. Masih awal lagi.. Mereka mengandai bahawa Min sudah tidur. Kebetulan pula pada siang harinya dia bertungkus lumus membasuh kain sebakul..

"Mak, Min dah tidur ke? awalnye?"
"Agaknye, Penat gaknye pagi tadi basuh kain sebakul"
"Sebakul je pun penat?"
"Paham-paham jelahh"

Perbualan mereka terhenti setakat itu sahaja. Namun, mereka terdengar satu jeritan yang kuat datangnya dari dalam bilik Min. Kakaknya bergegas membuka bilik Min dikhuatiri sesuatu menimpa adiknya. Apabila terbuka saja pintu bilik Min, dengan bersuluhkan lampu malap dari komputer riba adiknya, kakaknya terkejut melihat keadaan Min agak mengerikan dengan rambut panjang menggerbang dan sedang meronta-ronta dan menjerit seperti orang hilang akal.

"Eh Min, kenapa ni Min?!!" Jerit kakaknya yang sedang panik. Ibunya segera melihat keadaan anak bongsunya itu yang sedang terjerit-jerit tidak semena-mena.

"Min Istighfar nak, mengucap..!"

Min berhenti menjerit dengan tiba-tiba dan nafasnya termengah-mengah akibat menjerit tadi. Min memandang ibu dan kakaknya dicelah-celah rambut yang menutupi mukanya. Dia kelihatannya trauma.

"Ko kenapa Min?" kakaknya duduk disebelah Min sambil mengurut-urut belakang adiknya yang sedang bersila hendak menenangkan diri. Dahi ibunya berkerut memikirkan apa yang terjadi terhadap anaknya itu sambil mulutnya terkumat-kamit membaca surah-surah yang patut dibaca.

"Min nampak cicak besar mak. Macam iguana besarnya lalu kt skrin komputer ni ha.. Tah mane peginye tu kang manjat badan orang pulak tu kang... huuuu geli!" Min bersuara menjelaskan keadaan yang sebenar sambil badannya meliang-liuk kegelian.

Dengar sahaja kenyataan yang diberikan oleh Min, kakaknya pula melompat-lompat takut-takut memanjat di badannya pula. Ibunya hanya melihat sahaja temasya yang disiarkan oleh anak-anak perempuannya yang memang phobia dengan cicak.

"Lantak korang lah nak oi.." ibunya keluar dari bilik dan menyambung semula menonton program TV nya itu. Tinggal lah Min dan kakaknya dua beradik berusaha mencari cicak yang dimaksudkan itu sambil memegang dua botol penyembur racun serangga(sorang satu)

Wednesday, April 6, 2011

saya sayang dia...

pada suatu pagi yang hening. aku sedang asyik mendengar lecture di dalam kelas. rakan-rakanku sungguh, malah terlampau asyik dengan lecture tersebut sehingga ada yang memejam mata penuh hikmah sambil terangguk-angguk seolah-olah amat memahami pelajaran yang di ajarkan itu. aku memandang ke sekeliling ku memerhati rakanku satu persatu. lalu, aku terpandang dua orang rakan baik yang sedang bergurau manja di suatu sudut didalam kelas. namun demikian, aku terkejut tatkala melihat gurauan itu agak kasar pada pandangan mata ku. mereka bergurau dengan saling tampar-menampar antara satu sama lain.

"ei, nape ditampar kawannya tu?" aku menegur. mereka menoleh ke arah ku dengan senyuman. lalu mereka menjawab.

"saya sayang dia.."

aku terkesima mendengar jawapan tersebut. namun aku biarkan saja mereka saling tampar menampar. tetapi, kelihatan gurauan mereka berdua sudah agak melarat apabila kedengaran bunyi tamparan tersebut semakin kuat.

aku menegur lagi, "dahla, nanti gaduh tu.."

lalu mereka menjawab "saya sayang dia.." dengan senyuman kelat dan air mata yang mengalir di pipi masing2.

aku terdiam dan memandang ke arah lain. dihatiku hanya terdetik,
'xpahamla aku jie.....'
Webfetti.com