Thursday, November 11, 2010

Godam

"Dah dpt pecah security-wall ke?"
"Susah ni, tp xpe, blh punye"

Pada suatu pagi trdpt 3 orang sahabat baik sedang berkumpul. Dua daripadanya sedang menghadap laptop jenama Appel yang canggih. Mereka berdua sedang merancang sesuatu yg sgt bahaya. Pada mereka, ia hanyalah xtvt waktu lapang. Sedang mereka asyik dgn nombor dan huruf yang tertera di skrin komputer riba mereka, salah seorang daripadanya telah tertidur. Lalu, bermulalah rancangan jahat mereka tersebut.

"Yeah! Dah tembus diorang pnye security."
"Iye?! Wow, bgus la kerja kau nih" kata Lulu kepada rakannya, Lala.

Dia berasa sangat kagum sambil menepuk-nepuk bahu kawannya itu. Mereka berasa sgt yakin dgn perbuatan mereka. Lulu dan Lala telah merancang satu jenayah yang berat iaitu dengan menggodam pangkalan data dari salah sebuah bank terkemuka di negara. Mereka merancang untuk merompak bank tersebut dan menjadikan mereka jutawan dlm masa sehari.

Kedua-duanya memandang ke arah rakan mereka yang seorang lagi yang tidur ternganga lena di buai mimpi, Lili. Wajah rakan mereka yang tidak bersalah itu ditenung dengan penuh makna. Mereka mengandaikan bahawa Lili hanyalah watak sampingan yang kehadirannya tidak mendatangkan faedah bg mereka brdua.

Dengan dahi yang berkerut, bunyi deruan papan kekunci ditaip laju, dan di dalam suasana yang sepi, mereka fokus dan tekun dengan pekerjaan mereka. Namun, di tengah jalan, pekerjaan mereka terganggu oleh bunyi penggera yang bising dan memekakkan telinga.

"Alamak! Kita diserang oleh virus"
"Oh no, jangan Lala, jangan sampai terkantoi La!"
"Habislah kita Lulu, ia terlampau berkuasa! mcm mana ni?!"
"Tula, pandai buat xpandai pulak nak setelkan problem" Tiba-tiba kedengaran suara Lili memecah kekalutan.

Dengan penuh keegoan dan berkarisma, Lili menekan papan kekunci dengan deras. Kelihatan mulut Lili terkumat-kamit seolah-olah membaca jampi. Namun, bunyi penggera tersebut sudah tidak kedengaran lagi dan Lala dan Lulu menghela nafas lega. Lili hanya duduk merenung keduanya lalu menyambung tidurnya semula.

"Trima kasih Lili" Ujar Lala dan Lulu serentak dan hanya merenung kosong ke arah rakan karib mereka itu.
*********************************
"Okay, semuanya masuk.. Masa bermain sudah tamat. Lala, Lulu, Lili, simpan kotak tu. Meh kita masuk bilik jom." Kata seorang jururawat Hospital Sakit Mental Tampoi.
Webfetti.com