Monday, July 25, 2011

Just nice

wake-up, watch TV, play with my nephews and cat, watch TV, play games, watch movies on laptop etc.. those were just nice until i 've found a job.

i've offered to work as an assistant at a private tuition centre. they willing to pay me a bit higher than the actual salary. but you know what... that job is in the town, i lived in the countryside so i don't know where to live. even, i dont have transport to go to work. it's kinda frustrating. SO MUCH frustrating. i went to the interview and i know the job is easy. Very Much easier than any other job that i know before. i gave up on that on any particular basis. in the simple word... i have my own reasons.

OMG!

i try to find another job. it's nearer, simpler yet easier to get the job. i went on a simple walk in interview and accepted to work for full-time instead of part-time because i'm still a student. my magic is still there. i felt very happy. i worked like the day will end that day. i worked very hard until on some point i want to give up. nope! i won't. but..... in the matter of fact, after two days of working like a pig. i QUIT!

S*A*L*A*M*B*S*A........... (Suffer*A*Lot*As*My*Bones*Scattered*Away.......)

Now i can relax at home doing the things that i've done before. Yet it is boring, but it feels JUST NICE....

HAHAHAHAHAHA!!!! <<<<<<<<<<<<<<<< evil laugh!

Tuesday, July 19, 2011

Pengalaman pertama...

Pada suatu petang yang mendamaikan, Amir dan keluarganya bercadang ingin keluar makan bersama-sama. Amir mempunyai SEORANG isteri dan dua orang anak. Masing-masing baru berumur 9 dan 6 tahun. Mereka sekeluarga tidak pernah sekali pun menjejakkan kaki ke sebuah restoran makanan segera. Lalu mereka bercadang untuk mencuba buat pertama kalinya. Mereka bercadang untuk ke mariberaun berikutan restoran tersebut merupakan yang paling hampir dengan tempat tinggal mereka. Sampai sahaja mereka ke tempat yang dituju, mereka berasa amat 'excited' untuk mencuba sesuatu yang baru. Namun...

"Tempat apa ni Yah...?" Anaknya yang pertama menzahirkan perasaannya yang bercampur-baur (pelik + seronok).
"Ni lah restoran yang kita selalu nampak kat iklan TV tu..." Amir menjawab dengan yakin tetapi pada masa yang sama dia turut terasa kekok dengan suasana di dalam restoran tersebut.

Pada kebiasaannya dia rajin makan di kedai makan melayu yang pada kebiasaannya menawarkan pelbagai masakan tradisional yang lazat. Namun demikian, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang menu yang ditawarkan di restoran makanan segera tersebut. Itupun gara-gara melihat dan membaca iklan-iklan yang disiarkan di TV mahupun surat khabar. Baginya, yang paling utama sekali restoran tersebut tidak menawarkan nasi putih lauk tom yam ataupun gulai tempoyak.

"Ayah, Man dah lapar sangat ni... nak nasik yah.."
"Hari ni kita makanla ayam ke, burger ke, tu ade nasi lemak, mi kari.. Man tak nak ke..?"
"Kenyang ke Yah?"
"Kita cuba je lah dulu"
"Ayah..! Ada buai la dalam restoran" kata anaknya yang kedua, Sue.
"Jomlah kita duduk situ" Ajak Amir.
"Anak-anak ayah nak makan apa..?"
"Beli jelah apa yang awak tau bang. Kalau ditanya pun dia xtau. Saya pun ikut abang jelah" Jawab isterinya bagi pihak anak-anak mereka.

Amir pun pergi memesan makanan di kaunter. Mujur dia tidak menunggu pelayan restoran mengambil pesannya. Dia tahu pun kerana dia melihat keadaan sekeliling. Selesai sahaja mereka makan, Man ingin membasuh tangan. Namun dia tidak tahu di mana. Puas dia mencari sinki namun tidak ditemui olehnya. Tetapi dia ada terpandang sesuatu di sudut restoran itu yang kelihatannya seperti kepala paip. Diputar-putar paip tersebut namun tidak pula terkeluar air. Takut-takut tersalah dia bertanya kepada kakak pelayan yang bekerja disitu. Maklumlah restoran itu terasa seperti restoran mewah baginya.

"Kak, kenape paip ni tak keluar air?" Tanya Man. "Rosak ke?" sambungnya lagi.
"Ape dik? Akak kurang dengar lah"
"Nape paip tu tak keluar air?"
"Ha? Ni bukan paip dik... Ini tempat sos... Adik amik sos kat sini... lagi satu, adik kene tekan bukan pusing dik..."
"Saya nak basuh tangan kak.." Man bertindak bersahaja tidak tahu apa yang diperkatakan oleh pelayan tersebut.
"Yelah2.. basuh tangan kat sini ye dik.." Pelayan tersebut membawa Man ke sinki.




Sekembalinya Man di tempat duduknya, ayahnya Amir bertanya kepada Man kenapa dia mengambil masa yang lama. Man bercerita kepada ayah dan ibunya tentang apa yang telah terjadi. Terbelahak mereka ketawa mendengarkan keletah anak sulung mereka itu. Tidak disangka pula oleh mereka akan anak mereka itu boleh dikatakan terlampau jakun.




"Malunya ayah............" Ujar Amir perlahan.

Saturday, July 16, 2011

kesurupan...! ( maksud -> dirasuk)

Hampir 2 bulan Min berada di rumah.Cuti semeter yang panjang banyak dihabiskan di rumah sahaja. Tambahan pula dia suka memerap di dalam biliknya seorang diri. Banyak aktivitinya dihabiskan dengan membaca komik dan melayari internet. Itupun kalau internet x kene potong(kes lambat bayar)...

Perangainya yang satu ini amat difahami oleh ahli keluarganya dan tiada pun yg kesah. Bagi mereka, itu adalah tabiat semulajadinya, sehinggalah pada suatu hari...

Malam itu adalah khamis malam jumaat.Min terperap di dalam bilik seperti biasa. Ibunya khusyuk menonton TV (Forum Perdana Ehwal Islam)... Kakaknya sibuk mengurus anak-anaknya sebaik sahaja pulang dari kerja. Kebetulan malam itu dia pulang agak lewat. Bilik Min sudah gelap. Jam baru sahaja menunjukkan pukul 10.30 malam. Masih awal lagi.. Mereka mengandai bahawa Min sudah tidur. Kebetulan pula pada siang harinya dia bertungkus lumus membasuh kain sebakul..

"Mak, Min dah tidur ke? awalnye?"
"Agaknye, Penat gaknye pagi tadi basuh kain sebakul"
"Sebakul je pun penat?"
"Paham-paham jelahh"

Perbualan mereka terhenti setakat itu sahaja. Namun, mereka terdengar satu jeritan yang kuat datangnya dari dalam bilik Min. Kakaknya bergegas membuka bilik Min dikhuatiri sesuatu menimpa adiknya. Apabila terbuka saja pintu bilik Min, dengan bersuluhkan lampu malap dari komputer riba adiknya, kakaknya terkejut melihat keadaan Min agak mengerikan dengan rambut panjang menggerbang dan sedang meronta-ronta dan menjerit seperti orang hilang akal.

"Eh Min, kenapa ni Min?!!" Jerit kakaknya yang sedang panik. Ibunya segera melihat keadaan anak bongsunya itu yang sedang terjerit-jerit tidak semena-mena.

"Min Istighfar nak, mengucap..!"

Min berhenti menjerit dengan tiba-tiba dan nafasnya termengah-mengah akibat menjerit tadi. Min memandang ibu dan kakaknya dicelah-celah rambut yang menutupi mukanya. Dia kelihatannya trauma.

"Ko kenapa Min?" kakaknya duduk disebelah Min sambil mengurut-urut belakang adiknya yang sedang bersila hendak menenangkan diri. Dahi ibunya berkerut memikirkan apa yang terjadi terhadap anaknya itu sambil mulutnya terkumat-kamit membaca surah-surah yang patut dibaca.

"Min nampak cicak besar mak. Macam iguana besarnya lalu kt skrin komputer ni ha.. Tah mane peginye tu kang manjat badan orang pulak tu kang... huuuu geli!" Min bersuara menjelaskan keadaan yang sebenar sambil badannya meliang-liuk kegelian.

Dengar sahaja kenyataan yang diberikan oleh Min, kakaknya pula melompat-lompat takut-takut memanjat di badannya pula. Ibunya hanya melihat sahaja temasya yang disiarkan oleh anak-anak perempuannya yang memang phobia dengan cicak.

"Lantak korang lah nak oi.." ibunya keluar dari bilik dan menyambung semula menonton program TV nya itu. Tinggal lah Min dan kakaknya dua beradik berusaha mencari cicak yang dimaksudkan itu sambil memegang dua botol penyembur racun serangga(sorang satu)

Wednesday, April 6, 2011

saya sayang dia...

pada suatu pagi yang hening. aku sedang asyik mendengar lecture di dalam kelas. rakan-rakanku sungguh, malah terlampau asyik dengan lecture tersebut sehingga ada yang memejam mata penuh hikmah sambil terangguk-angguk seolah-olah amat memahami pelajaran yang di ajarkan itu. aku memandang ke sekeliling ku memerhati rakanku satu persatu. lalu, aku terpandang dua orang rakan baik yang sedang bergurau manja di suatu sudut didalam kelas. namun demikian, aku terkejut tatkala melihat gurauan itu agak kasar pada pandangan mata ku. mereka bergurau dengan saling tampar-menampar antara satu sama lain.

"ei, nape ditampar kawannya tu?" aku menegur. mereka menoleh ke arah ku dengan senyuman. lalu mereka menjawab.

"saya sayang dia.."

aku terkesima mendengar jawapan tersebut. namun aku biarkan saja mereka saling tampar menampar. tetapi, kelihatan gurauan mereka berdua sudah agak melarat apabila kedengaran bunyi tamparan tersebut semakin kuat.

aku menegur lagi, "dahla, nanti gaduh tu.."

lalu mereka menjawab "saya sayang dia.." dengan senyuman kelat dan air mata yang mengalir di pipi masing2.

aku terdiam dan memandang ke arah lain. dihatiku hanya terdetik,
'xpahamla aku jie.....'

Tuesday, January 25, 2011

REMPIT

Peristiwa ni da lame berlaku tp msih segar dlm ingatan aku sebab perihalnya sungguh kelakar.Dulu aku nakal sgt. Tapi aku bukan berseorangan, ada 3 org lg kaum aku;3+1 jd empat org la tu kn.Setiap petang kami berempat akan keluar dengan menunggang motosikal. aku naik dgn tpah(bkn nme sebenar)dan remah (bukan name sbenar) dgn kecik (bukan nama sebenar).Aku dan remah adalah driver tetap. Pulak tu kami ni memang kaki lumba. Buruk memg perangai tu, tp tula, itu smua knangan aku dgn diorg.

Kami tinggal di kawasan Felda, jd kami bebas merempit tiap petang..haha. Tp tu dulula.skrg msing2 da taubat xnk buat lg sebab prnah accident dua kali. Kesian kwn aku Tpah. Byk parut dia skrg, kt tgn, kt kaki, hahaha...

Ade skali tu aku prnah brlumba dgn remah. mse tu aq bwk tpah, remah bwk kecik. mse tu aku yg leading race. Smpai simpang aku pn brhentila sbb tgu remah.Diorang sampai je aku tgk kecik xckup nafas gelak tak ingat.

"Ko nape cik?" kecik masih tergelak tak ingat.
"Ko npe cik?" aku ulang pertanyaan tu sbb aku tak puas hati tgk die ktawe sorg2. Tpah pun sama dgn aku wktu tu. die pn xpuas hati. Tiba2 kecik tunjuk sesuatu yg hitam di tgn nya.
"Ape tu cik? Skarf tdung ke?" Dengan gelak yg msih fresh die mengangguk mengiakan. Serentak dengan itu Remah menoleh ke arah aku dan aku ternampak ank rambut dia terurai di bwh tudung yg msih di kepalanya.
"Ya Allah Mah, tu skarf ko ke?" aku msih x percaya. Tpah di belakangku masih terpinga-pinga. Selepas beberapa saat, aku dan Tpah tergelak dan ketawa bersama2 kecik yang ketawa sorg2 dr td.

Bayanglah betapa lajunya die bwk smpaikn skarf tudung die terbang. nasib baik ade kecik,blh tlg tangkapkan skarf die tu. aku menang mase tu bkn sbb aku laju, tp nasib aku gknya. dah terang die mesti taknak mengalah, tu yg die pecut. Motor die memg laju, sbb bapak die mekanik. ade bengkel motor. Tp aku champion kt selekoh, jd... adil la kn, kdg2 die mnang, kdg2 aku yg mnang. unsur judi memg jauh skali. ktorg buat tu sekedar HOBI. That's all folks

Monday, January 17, 2011

Pengalaman pait aku brsama hyppo krit (on purpose typo)

argh..aku dah mlanggar visi aku sndri utk mnjdkn blog aku ni adlh tmpt utk org mlepaskn tension dgn mmbaca cerita2 dan pngalaman aku yg pling jarang brlaku.

Pahit sguh rasanye bile dri ni di hipokrit oleh certain people.aku xnk bgtau sape.nnti kontroversi. Biala aku SS pn. Pening kpale aku. Sakit gile ati ni. Tp xpela. Aku rase dugaan aku utk sem ni.. Svngguh *illegal* la bdk tu. Huh...!

Tp tula let bygone be bygone. Sbb manusia buat silap.cme aku nk lbih ati2. Sabo je la jie..
Webfetti.com