Tuesday, July 19, 2011

Pengalaman pertama...

Pada suatu petang yang mendamaikan, Amir dan keluarganya bercadang ingin keluar makan bersama-sama. Amir mempunyai SEORANG isteri dan dua orang anak. Masing-masing baru berumur 9 dan 6 tahun. Mereka sekeluarga tidak pernah sekali pun menjejakkan kaki ke sebuah restoran makanan segera. Lalu mereka bercadang untuk mencuba buat pertama kalinya. Mereka bercadang untuk ke mariberaun berikutan restoran tersebut merupakan yang paling hampir dengan tempat tinggal mereka. Sampai sahaja mereka ke tempat yang dituju, mereka berasa amat 'excited' untuk mencuba sesuatu yang baru. Namun...

"Tempat apa ni Yah...?" Anaknya yang pertama menzahirkan perasaannya yang bercampur-baur (pelik + seronok).
"Ni lah restoran yang kita selalu nampak kat iklan TV tu..." Amir menjawab dengan yakin tetapi pada masa yang sama dia turut terasa kekok dengan suasana di dalam restoran tersebut.

Pada kebiasaannya dia rajin makan di kedai makan melayu yang pada kebiasaannya menawarkan pelbagai masakan tradisional yang lazat. Namun demikian, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang menu yang ditawarkan di restoran makanan segera tersebut. Itupun gara-gara melihat dan membaca iklan-iklan yang disiarkan di TV mahupun surat khabar. Baginya, yang paling utama sekali restoran tersebut tidak menawarkan nasi putih lauk tom yam ataupun gulai tempoyak.

"Ayah, Man dah lapar sangat ni... nak nasik yah.."
"Hari ni kita makanla ayam ke, burger ke, tu ade nasi lemak, mi kari.. Man tak nak ke..?"
"Kenyang ke Yah?"
"Kita cuba je lah dulu"
"Ayah..! Ada buai la dalam restoran" kata anaknya yang kedua, Sue.
"Jomlah kita duduk situ" Ajak Amir.
"Anak-anak ayah nak makan apa..?"
"Beli jelah apa yang awak tau bang. Kalau ditanya pun dia xtau. Saya pun ikut abang jelah" Jawab isterinya bagi pihak anak-anak mereka.

Amir pun pergi memesan makanan di kaunter. Mujur dia tidak menunggu pelayan restoran mengambil pesannya. Dia tahu pun kerana dia melihat keadaan sekeliling. Selesai sahaja mereka makan, Man ingin membasuh tangan. Namun dia tidak tahu di mana. Puas dia mencari sinki namun tidak ditemui olehnya. Tetapi dia ada terpandang sesuatu di sudut restoran itu yang kelihatannya seperti kepala paip. Diputar-putar paip tersebut namun tidak pula terkeluar air. Takut-takut tersalah dia bertanya kepada kakak pelayan yang bekerja disitu. Maklumlah restoran itu terasa seperti restoran mewah baginya.

"Kak, kenape paip ni tak keluar air?" Tanya Man. "Rosak ke?" sambungnya lagi.
"Ape dik? Akak kurang dengar lah"
"Nape paip tu tak keluar air?"
"Ha? Ni bukan paip dik... Ini tempat sos... Adik amik sos kat sini... lagi satu, adik kene tekan bukan pusing dik..."
"Saya nak basuh tangan kak.." Man bertindak bersahaja tidak tahu apa yang diperkatakan oleh pelayan tersebut.
"Yelah2.. basuh tangan kat sini ye dik.." Pelayan tersebut membawa Man ke sinki.




Sekembalinya Man di tempat duduknya, ayahnya Amir bertanya kepada Man kenapa dia mengambil masa yang lama. Man bercerita kepada ayah dan ibunya tentang apa yang telah terjadi. Terbelahak mereka ketawa mendengarkan keletah anak sulung mereka itu. Tidak disangka pula oleh mereka akan anak mereka itu boleh dikatakan terlampau jakun.




"Malunya ayah............" Ujar Amir perlahan.

No comments:

Post a Comment

Webfetti.com