Saturday, July 16, 2011

kesurupan...! ( maksud -> dirasuk)

Hampir 2 bulan Min berada di rumah.Cuti semeter yang panjang banyak dihabiskan di rumah sahaja. Tambahan pula dia suka memerap di dalam biliknya seorang diri. Banyak aktivitinya dihabiskan dengan membaca komik dan melayari internet. Itupun kalau internet x kene potong(kes lambat bayar)...

Perangainya yang satu ini amat difahami oleh ahli keluarganya dan tiada pun yg kesah. Bagi mereka, itu adalah tabiat semulajadinya, sehinggalah pada suatu hari...

Malam itu adalah khamis malam jumaat.Min terperap di dalam bilik seperti biasa. Ibunya khusyuk menonton TV (Forum Perdana Ehwal Islam)... Kakaknya sibuk mengurus anak-anaknya sebaik sahaja pulang dari kerja. Kebetulan malam itu dia pulang agak lewat. Bilik Min sudah gelap. Jam baru sahaja menunjukkan pukul 10.30 malam. Masih awal lagi.. Mereka mengandai bahawa Min sudah tidur. Kebetulan pula pada siang harinya dia bertungkus lumus membasuh kain sebakul..

"Mak, Min dah tidur ke? awalnye?"
"Agaknye, Penat gaknye pagi tadi basuh kain sebakul"
"Sebakul je pun penat?"
"Paham-paham jelahh"

Perbualan mereka terhenti setakat itu sahaja. Namun, mereka terdengar satu jeritan yang kuat datangnya dari dalam bilik Min. Kakaknya bergegas membuka bilik Min dikhuatiri sesuatu menimpa adiknya. Apabila terbuka saja pintu bilik Min, dengan bersuluhkan lampu malap dari komputer riba adiknya, kakaknya terkejut melihat keadaan Min agak mengerikan dengan rambut panjang menggerbang dan sedang meronta-ronta dan menjerit seperti orang hilang akal.

"Eh Min, kenapa ni Min?!!" Jerit kakaknya yang sedang panik. Ibunya segera melihat keadaan anak bongsunya itu yang sedang terjerit-jerit tidak semena-mena.

"Min Istighfar nak, mengucap..!"

Min berhenti menjerit dengan tiba-tiba dan nafasnya termengah-mengah akibat menjerit tadi. Min memandang ibu dan kakaknya dicelah-celah rambut yang menutupi mukanya. Dia kelihatannya trauma.

"Ko kenapa Min?" kakaknya duduk disebelah Min sambil mengurut-urut belakang adiknya yang sedang bersila hendak menenangkan diri. Dahi ibunya berkerut memikirkan apa yang terjadi terhadap anaknya itu sambil mulutnya terkumat-kamit membaca surah-surah yang patut dibaca.

"Min nampak cicak besar mak. Macam iguana besarnya lalu kt skrin komputer ni ha.. Tah mane peginye tu kang manjat badan orang pulak tu kang... huuuu geli!" Min bersuara menjelaskan keadaan yang sebenar sambil badannya meliang-liuk kegelian.

Dengar sahaja kenyataan yang diberikan oleh Min, kakaknya pula melompat-lompat takut-takut memanjat di badannya pula. Ibunya hanya melihat sahaja temasya yang disiarkan oleh anak-anak perempuannya yang memang phobia dengan cicak.

"Lantak korang lah nak oi.." ibunya keluar dari bilik dan menyambung semula menonton program TV nya itu. Tinggal lah Min dan kakaknya dua beradik berusaha mencari cicak yang dimaksudkan itu sambil memegang dua botol penyembur racun serangga(sorang satu)

No comments:

Post a Comment

Webfetti.com